Sunday, 27 April 2014

Shirasaya- atau lebih dikenali dalam bahasa antarabangsanya -resting scabbard sword- dalam bentuk kosong tanpa sebarang ukiran atau pun motif. Nampak 'cool' dan hebat. Jika dalam filem aksi hollywood akan sering terlihat kumpulan kumpulan gangster yakuza menggunapakainya untuk membunuh musuh mereka. Walhal pada zaman dahulu semasa era samurai pedang dalam keadaan ini adalah bertujuan untuk menyimpan pedang sewaktu tidak digunakan bagi tujuan "air cirrculation" pada bilah besi pedang jepun tersebut.
        Dibawah merupakan contoh shirasaya yang terdapat di sebuah kedai menjual alatan seni mempertahankan diri di kawasan Cheras yang telah saya rakamkan dalam foto 10 tahun yang lalu sekitar tahun 2004.




Blog yang dah lama tertinggal utk teman coretkan. Kali terakhir ialah pada 2012 yang lalu. Kini dah masuk 2014. Dah hampir 3 tahun. Ini disebabkan teman beralih penulisan blog yang lain, sila yang berminat teantang komik komik dulu dulu ke laman blog: komikklasik78.blogspot.com
          Memang berlainan sungguh hobinya, mulanya pasal blog senjata, alih alih ke blog pasal komik pula. Tak mengapalah..hobi pelbagai. Lagipun komik bukan sebarang komik, komik lama penuh bererti dan mengimbau nostalgia.
          Baiklah, pada kali ini...ingin menunjukkan gambar pedang samurai gred AAA. Bersarung kotak kayu, mempunyai set bedak dan minyak (choji oil), sarung kain sutera biru dan hulu pedang kulit ikan pari (bukan getah seakan kulit ikan pari ) dan pamor atau dalam bahasa jepun dipanggil hamon yang halus pada bilah besi pedang.





Khabarnya tuan empunya sekarang membelinya daripada cikgu nasir. Cikgunasir memilikinya daripada seorang kontraktor yang berharta, yang mana telah membelinya menggunakan permit daripada jepun 15 tahun yang lalu. dan kini 5 tahun dah berlalu pula..ertinya dah 20 tahun. Pedang ini sebenarnya cukup ringan, berbeza daripada pedang samurai seakannya yang mudah kedapatan sekarang yang lebih berat dan tidak mempunyai kulit pari serta dijual dalam kotak kayu campur kertas keras dan dibalut kain sutera palsu china yang berwarna merah.
         Ketajaman pedang ini..sangat menarik. Ada alur darah (blood groove) yang cantik serta sarung kayu yang halus dan teliti dipermukaan dalamannya.

Wednesday, 12 September 2012

sedikit coretan...

Prakata: Pedang Jepun atau dikenali pedang samurai sudah diketahui umum dan seantero dunia tentang kehebatannya dan kehalusan seni pertukangannya. Sama seperti seni pembuatan keris yang tinggi rahsia ilmu pembuatannya
Tujuan laman blog ini diwujudkan adalah sebagai berkongsi ilmu dan hobi serta sebagai kolektor senjata warisan dan tradisional. Tidak wujud tujuan negatif. Ia sama seperti hobi mengumpul senjata warisan yang lain seperti keris,sundang,tekpi,tumbuk lada,lading,kelewang,dan lain lain sewaktu dengannya.
Pedang Jepun atau nama umumnnya katana ,daito, gunto,kyugunto.tachi, odachi,nodachi, wakizashi,shirasaya, tanto, aikuchi.semuanya merujuk kepada seni bilah besi pedang negara matahari terbit..cuma nama berbeza bagi membezakan jenis bentuk dan saiz setiap pedang jepun tersebut.
Bagi sebilah pedang Jepun yang tulen..besi yang digunakan dipanggil "tamahagane"..yang terdiri daripada pelbagai jenis komposisi peratusan besi besi tertentu digabungjalin menggunakan teknik tempaan dalam relau tanah liat yang direka khas,..kemudian dicelup ke dalam air akan besi yang terbentuk lagi panas membara itu..bagi mendapatkan lengkungan yang semulajadi.
Namun begitu, utk memiliki pedang jepun dengan besi tamahagane, amatlah tinggi nilainya yang harus dibayar..hingga mencecah ribuan dan ratusan ribu ringgit hingga menyamai dapat membeli sebua kereta atau sebuah rumah. Adalah sudah cukup memadai , bertuah dan puas hati jika dapat memiliki pedang jepun yang diperbuat daripada besi "carbon steel" . Ironinya, besi stainless steel atau besi "cap ayam"..wujud dijual dipasaran terbuka..itu tidak lain hanyalah sesuai dijadikan hiasan di dinding rumah atau kita kenai "wall hanger samurai swords"..cukup kelakar pedang samurai dijual atas nama pedang 3 beradik..dengan corak motif naga yang palsu dan nampak murahan. Jangan tertipu, namun jika anda mmg berniat utk membuat hiasan ,silakan membeli pedang palsu itu..

Untuk tatapan...

Pedang samurai panjang/ Daito 
Pedang samurai pendek/wakizashi 

Jenis besi: carbon steel yang tersedia tajam.